HANIZAH
BINTI TALIP
Kolej
Komuniti Cawangan Bukit Mertajam
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi
Program Fesyen dan Pakaian melibatkan penggunaan mesin jahit yang kerap bagi
melaksanakan kerja-kerja amali pelajar dan projek peserta kursus pendek dari
kalangan komuniti setempat. Disebabkan faktor ini, mesin jahit kerap digunakan
oleh pengguna dari aras pengetahuan penggunaan mesin jahit yang berbeza-beza.
Mesin jahit digunakan selama 9 jam sehari (5 hari seminggu). Kadang-kala 6 atau
7 hari seminggu jika kursus pendek dijalankan.
Oleh yang demikian, banyak permasalahan yang
berlaku adalah melibatkan penggunaan mesin jahit. Pada kebiasaannya, cara
pengguna mesin menyatakan masalah mesin kepada pengguna lain ialah dengan mencatat
masalah mesin pada sekeping kertas atau masking
tape dan menampalnya pada mesin. Kadang-kala mereka membiarkan sahaja tanpa
memberitahu kepada pengguna seterusnya ataupun pensyarah. Masalah yang dapat
dikenalpasti adalah apabila kertas atau masking
tape yang ditampal tadi tertanggal
atau ditanggalkan. Dapat dilihat keadaan di sini bahawa medium komunikasi
antara pengguna adalah sekeping kertas atau masking tape. Medium kertas yang digunakan boleh
mendatangkan bahaya dalam keadaan tertentu iaitu kertas yang dilekatkan pada
suis atau soket, apabila pengguna yang cuai tidak menutup suis tidak mustahil
akan berlakunya litar pintas, percikan api dari pintasan tersebut boleh
membuatkan kertas tadi terbakar dan keadaan ini sangat berbahaya.
Oleh yang demikian, daripada keadaan-keadaan
yang telah berlaku ini, maka tercetus satu idea di mana alat komunikasi
penggunaan mesin jahit industri dapat dihasilkan bagi mengurangkan permasalahan
yang berlaku.
1.2
Latar
Belakang Masalah
Terdapat beberapa masalah yang sering berlaku ketika
proses pengajaran dan pembelajaran (P DP) yang dilaksanakan di makmal jahitan.
Disebabkan masalah-masalah ini, pembaziran masa, gangguan emosi dan tumpuan
dapat dilihat di kalangan pelajar-pelajar dan juga para pensyarah. Di antara
permasalahan tersebut ialah seperti berikut:-
i.
Mesin kerap rosak atau tidak
dapat digunapakai oleh pelajar sebelum / semasa proses PDP dijalankan.
Akibatnya pensyarah terpaksa membaiki atau mencari punca masalah yang berlaku
pada mesin jahit. Kejadian ini sangat mengganggu proses PD P dari aspek masa
dan fokus pensyarah.
ii.
Ketiadaan juruteknik di
bengkel untuk membaiki mesin yang rosak semasa PDP dijalankan menyebabkan pelajar
terpaksa mencuba atau menguji setiap mesin sebelum memulakan proses jahitan
dalam usaha untuk mencari mesin yang boleh digunakan. Akibat dari insiden ini,
berlakulah pembaziran masa dan ia sangat mengganggu tumpuan, emosi dan mood pelajar.
iii.
Terdapat satu insiden di mana berlakunya
masalah pada motor mesin mengakibatkan keluarnya asap ketika seorang pelajar
mula menggunakan mesin jahit. Setelah siasatan dilakukan, didapati pengguna
sebelumnya mengetahui akan masalah mesin tersebut tetapi beliau hanya
membiarkan perkara itu tanpa memberitahu pada pensyarah. Kejadian ini boleh
mengakibatkan berlakunya kebakaran dan kecederaan.
iv.
Pelajar atau pengguna mesin
jahit tidak melabel atau memberitahu pensyarah jikalau mesin tidak boleh
digunakan atau rosak. Mereka hanya membiarkan sahaja mesin yang rosak setelah
sesi kelas tamat.
1.3
Penyataan
Masalah
Berdasarkan
latarbelakang masalah yang berlaku, telah mendorong pengkaji mengambil satu
usaha bagi mengurangkan masalah-masalah yang seringkali berlaku ini. Terdapat
beberapa faktor penyebab kepada permasalahan yang berlaku telah dapat
dikenalpasti. Di antara faktor-faktornya ialah:-
i.
Pelbagai pengguna dari
pelbagai tahap pengetahuan sedia ada tentang penggunaan mesin jahit yang
betul:-
- Pelajar
sepenuh masa
-
Pelajar SMK
-
Peserta-peserta kursus
pendek
ii.
Penggunaan mesin jahit 9 jam
sehari (5 hari seminggu). Kadang-kala 6 atau 7 hari seminggu jika kursus pendek
dijalankan.
iii.
Tiada komunikasi antara
pengguna pertama, kedua dan seterusnya.
iv.
Faktor kecuaian pengguna.
1.4
Matlamat
Kajian
Matlamat
kajian ini adalah untuk membangunkan satu alat komunikasi penggunaan mesin
jahit industri bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan serta mengurangkan
masalah penggunaan mesin ketika proses PDP agar kelas dapat dijalankan dengan
lancar dan yang paling penting pengurusan masa yang lebih efektif.
1.5
Objektif
Kajian
Berikut adalah objektif kajian bagi memastikan kajian tidak terkeluar
dari masalah kajian sedia ada. Objektif yang telah ditetapkan adalah seperti
berikut:-
i.
Membangunkan alat komunikasi
digital bagi mesin jahit industri untuk pengurusan masa yang efektif serta
mengurangkan masalah penggunaan mesin ketika proses pengajaran dan pembelajaran
1.6
Skop
Kajian
Skop
kajian adalah memfokus kepada TIGA fasa bagi membangunkan iaitu:-
i.
Fasa 1 : Membangunkan reka bentuk fizikal serta
mewujudkan cadangan carta alir penggunaan.
ii.
Fasa 2 : Membangunkan reka bentuk dalaman .
1.7
Kepentingan
Kajian
Pengkaji
mengharapkan bahawa dengan terhasilnya alat ini, dapat mengurangkan masalah
komunikasi antara pengguna mesin jahit. Ia juga diharap dapat membantu pengguna
yang terdiri daripada pensyarah,pelajar dan peserta kursus pendek dapat
menggunakan mesin jahit dengan lebih baik.
BAB
2
KAJIAN
LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian
literatur merupakan komponen utama dalam sesuatu penyelidikan. Ia adalah satu
bentuk usaha untuk mendapat pemahaman tentang peralatan-peralatan yang terdapat
dipasaran serta kajian-kajian yang lalu terhadap isu-isu yang hampir sama
dengan penyelidikan inovasi yang dijalankan oleh pengkaji. Oleh yang demikian,
perbincangan di dalam bab ini adalah meliputi atau memfokus kepada aspek-aspek
yang meliputi pembangunan satu alat
komunikasi penggunaan mesin jahit industri bagi mengurangkan permasalahan yang
berlaku.
2.2 Kepentingan Faktor
Kelengkapan, Keselamatan dan Pengurusan Bengkel dalam Bengkel Jahitan.
Secara umum, faktor kelengkapan, keselamatan dan pengurusan bengkel dalam bengkel
jahitan merupakan faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bengkel.
Menurut Radzalli
(1981) dalam Amran Khalid (2002), kelengkapan bengkel merangkumi alatan tangan dan mesin yang
terdapat di dalam bengkel atau makmal yang mempunyai jangka hayat yang
tertentu. Kelengkapan seperti peralatan dan bahan di
dalam bengkel banyak menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
sekiranya penggunaan dan penyelenggaraan perlu dilakukan dengan baik serta
penyediaan alatan yang cukup untuk satu sesi amali yang dijalankan.
Amalan pengurusan dalam sistem
pengurusan perlu ada bagi memastikan kelancaran sesuatu perkara yang telah
dirancang. Pengurusan juga melibatkan pembentukan organisasi. Untuk mendapatkan
hasil kerja yang baik, pengagihan kerja dalam organisasi perlu dilakukan
sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Gullick (1961) dalam Sanusi (1998).
Maka, dengan ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali di dalam bengkel
dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.
Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan
atau keamanan menurut Rahman (2000) dalam Wirdawati (2007). Amalan
pengurusan dalam sistem pengurusan perlu ada bagi memastikan kelancaran sesuatu
perkara yang telah dirancang. Keselamatan
merujuk kepada alat keselamatan dan tindakan yang diamalkan oleh pelajar dan
guru dalam mengelakkan kemalangan daripada berlaku di dalam bengkel.
2.3 Komunikasi Sebagai Interaksi
Istilah
komunikasi dari bahasa Inggeris communication,
dari bahasa latin communicatus.
Komunikasi diertikan sebagai proses perkongsian di antara pihak-pihak yang
melakukan komunikasi tersebut. Ilmu komunikasi sebagai ilmu pengetahuan sosial
yang bersifat multidisipliner.
Komunikasi juga bermaksud seseorang menyampaikan pesan, baik verbal atau nonverbal, seorang penerima bereaksi dengan memberi jawaban verbal
atau menganggukkan kepala, kemudian orang pertama bereaksi lagi setelah
menerima respons atau umpan balik dari orang kedua, dan begitu seterusnya
2.3.1 Alat
Komunikasi
2.3.1.1 Telefon
Rajah 2.1 : Telefon
2.3.1.2 Radio
Radio adalah teknologi yang digunakan untuk pengiriman
sinyal dengan cara modulasi dan radiasi elektromagnetik (gelombang
elektromagnetik). Gelombang ini melintas dan merintasi udara dan ruang angkasa
kerana gelombang ini tidak memerlukan medium pengangkut (seperti molekul
udara).
i.
Gelombang Radio
Gelombang
radio adalah radiasi elektromagnetik,
dan terbentuk ketika objek bermuatan listrik dimodulasi (dinaikkan frekuensinya)
pada frekuensi yang terdapat dalam frekuensi gelombang radio (RF) dalam
suatu spektrum elektromagnetik. Gelombang
radio ini berada pada jangkauan frekuensi 10 hertz (Hz) sampai
beberapa gigahertz (GHz), dan radiasi elektromagnetiknya bergerak dengan cara
osilasi elektrik maupun magnetik.
Gelombang
elektromagnetik lainnya, yang memiliki frekuensi di atas gelombang radio
meliputi sinar gamma, sinar-X, inframerah,
ultraviolet, dan cahaya terlihat. Ketika
gelombang radio dipancarkan melalui kabel, osilasi dari medan listrik dan
magnetik tersebut dinyatakan dalam bentuk arus bolak-balik. Hal ini kemudian dapat diubah menjadi audio atau
lainnya yang membawa informasi. Meskipun
kata ‘radio’ digunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan alat penerima
gelombang suara, namun transimisi gelombangnya dipakai sebagai dasar gelombang
pada televisyen, radio, radar, dan telefon
genggam pada umumnya.
Rajah 2.2 :
Radio
2.3.1.3 Televisyen
Televisyen adalah sebuah
alat penangkap siaran bergambar. Perkataan televisyen di ambil dari perkataan tele
dan vision; yang mempunyai arti masing-masing jauh (tele) dan tampak
(vision). Jadi televisyen berarti tampak atau dapat melihat dari jarak jauh.
Penemuan televisyen disejajarkan dengan
penemuan roda, karena
penemuan ini mampu mengubah peradaban dunia.
Rajah 2.3 : Televisyen
2.3.1.4 Jaringan Komputer
Jaringan komputer adalah sebuah sistem komputer berjaringan
yang bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu tujuan yang sama. Tujuan dari
jaringan komputer adalah:
·
Membagi sumber daya: contohnya pemakaian printer, CPU, memori, harddisk
·
Akses informasi: contohnya web browsing.
Rajah 2.4 : Komputer
2.4 Mesin Jahit Industri
Mesin jahit akan mempercepatkan
kerja-kerja jahitan berbanding jahitan tangan. Di era zaman moden ini
kebanyakan mesin jahit dilengkapi dengan teknologi komputer, yang akan
mempertingkatkan kualiti jahitan dan mempermudahkan urusan jahitan. Terdapat
banyak kompenen penting dalam mesin jahit yang perlu di ambil berat untuk
memastikan mesin jahit berfungsi dengan effisiensi yang tinggi. Oleh itu,
amatlah penting setiap mesin jahit digunakan dengan cara yang betul dan
diselenggarakan sebaik mungkin untuk melancarkan proses jahitan atau
pembelajaran di Kolej Komuniti.
2.4.1 Mesin Jahit Industri Dan Komponen
Rajah
2.5 : Mesin Jahit Industri
Rajah
2.6 : Mesin Jahit Industri
BAB
3
METODOLOGI
KAJIAN
3.1
Pengenalan
Kandungan
bab ini hanya memfokuskan kepada pembangunan rupa bentuk fizikal, ciri-ciri dan
fungsi yang terdapat pada alat tersebut, kedudukan pada mesin jahit serta carta
alir penggunaan mesin jahit.
3.2
Reka
Bentuk Cadangan Industrial Sewing Machine
Digital Communication Device (ISMDCD)
Disebabkan
faktor masa, kewangan dan bebanan kerja, alat komunikasi ini masih di dalam peringkat
penyelidikan rekaan.
3.2.1 Ciri-ciri ISMDCD
ISMDCD yang akan dibangunkan hendaklah
memenuhi ciri-ciri berikut:-
i.
Mesra pengguna.
ii.
Mudah diselenggara.
iii.
Tahan lasak.
iv.
Ringan @ tidak terlalu berat
*(aspek ini penting kerana kedudukan
alat ini pada mesin jahit iaitu pada tiang pemegang benang).
v.
Beroperasi menggunakan
bateri (rechargeable battery) atau
tenaga solar.
vi.
Boleh merekod data.
vii.
Memapar status mesin jahit
melalui lampu LED dan paparan pada skrin.
viii.
Memaparkan cadangan-cadangan
membaiki mesin jahit jika berlakunya masalah-masalah kecil tentang penggunaan
mesin.
ix.
Memberi tanda-tanda amaran
samada ‘ROSAK’ atau ‘Mesin Tidak Boleh Digunakan’
x.
Menghantar laporan dalam bentuk Sistem Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) ke Unit Penyelenggaraan bagi kerja-kerja baik pulih.
3.2.2 Ciri-ciri Reka Bentuk
Fizikal ISMDCD
ISMDCD
haruslah direka bentuk pada skala saiz yang kecil agar tidak mengganggu
pergerakan pengguna dan perjalanan benang pada mesin. Ia juga harus ringan / sederhana berat supaya mudah untuk
diletakkan pada tiang mesin.
Ciri-ciri
rupa bentuk fizikal ISMDCD terdiri daripada beberapa elemen iaitu:
i.
Butang
ON / OFF - berfungsi untuk menghidupkan
dan mematikan punca kuasa ISMDCD.
ii.
Papan
Kekunci - berfungsi untuk menaip data
untuk disimpan dan mencari paparan
cadangan membaiki masalah mesin yang dihadapi pada skrin.
iii.
Skrin
Paparan - memaparkan status mesin jahit dan
memaparkan cadangan cara membaiki mesin mengikut masalah yang dihadapi.
iv.
Lampu
(LED) - menunjukkan status mesin jahit. Lampu
Hijau (boleh guna), lampu Kuning (baiki), lampu Merah (tak boleh guna).
v.
Bendera
Amaran - sebagai tanda amaran ROSAK dan tidak
boleh digunakan.
vi.
Klip
Penyangkut - menyangkut ISMDCD pada tiang di mesin
jahit.
Ciri-Ciri Rupa
Bentuk Fizikal ISMDCD
|
3.2.3 Carta
Alir Penggunaan Industrial
Sewing Machine Digital Communication Device (ISMDCD)
Kedudukan Industrial Sewing Machine Digital Communication
Device (ISMDCD) pada Mesin Jahit
|
3.2.4 Ciri-ciri Reka Bentuk Komponen
Dalaman ISMDCD
Reka
Bentuk dalaman atau program dalaman ISMDCD masih belum dibangunkan lagi kerana
ia melibatkan aspek-aspek teknikal dan penyelidikan yang lebih teliti dan
teperinci. Ia juga mengambil masa yang lama dan memerlukan fokus yang sangat
tinggi.